Terkini

Beri ruang SPRM siasat pegawai RTM – Gobind

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan berhubung dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebuah direman bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana sebuah institusi zakat.

“Jadi biar mereka buat siasatan dan saya akan bincang dengan pegawai-pegawai di RTM (mengenai perkara itu),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Dua pegawai kanan RTM itu dilaporkan direman sembilan hari sehingga 15 Okt bagi membantu siasatan berhubung apa yang disyaki salah guna dana Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya semalam berkata kedua-dua pegawai wanita berusia 37 tahun dan 40 tahun itu antara tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan pada 7 Okt lepas.

Seorang lagi dibebaskan selepas keterangannya diambil.

  • Bernama